Kerja Kerajaan : Untuk Pencari Kerja Kerajaan

Wednesday, December 15, 2010

Pendahuluan - Kerja Kerajaan

‘‘Kerja Kerajaan’’

Siapakah yang layak untuk Kerja Kerajaan? Apakah kriteria-kriteria yang mesti ada pada seseorang untuk mendapat Kerja Kerajaan ? Ya, sudah pasti itu adalah perkara asas atau pertanyaan dalam diri setiap pemeriksa, penemuduga atau penguji untuk menentukan seseorang itu layak atau tidak... 

Untuk pengetahuan anda...ramai lagi siswazah-siswazah diluar sana masih lagi tercari-cari pekerjaan sehingga sekarang. Seperti saya sendiri ketika mula-mula mencari pekerjaan, punya lah pening....hampir-hampir putus asa...namun semua itu adalah dugaan semata-mata...

...dan di blog ini, saya akan memberikan beberapa tips untuk anda bagaimana hendak bermula...  


Tips 1- LIHAT BERDASARKAN KEBOLEHAN PADA DIRI ANDA


Apa yang saya maksudkan disini ialah melihat ciri-ciri atau kriteria-kriteria yang ada pada diri anda iaitu dari segi kebolehan. Contohnya, anda rasa ingin masuk polis atau tentera tetapi disebaliknya anda tidak cergas dan kuat dari segi fizikal dan mental oleh itu bagaimana anda hendak berkawad atau mengangkat senjata nanti. Jangan pula anda fikir susah nak cari kerja anda pun terus hentam saja. Seperti baru-baru ini dinasihatkan sesiapa yang masuk tentera mestilah mempunyai minat dan bukan berdasarkan gaji atau susah nak dapat kerja. Memang lah baik sekiranya kita berkhidmat dalam bidang beruniform tetapi cuba anda fikirkan bila anda sudah menceburi bidang ini tanpa minat dan pasti akan rasa menyesal. Mungkin anda juga akan memasang niat ingin berhenti kerja la, tukar kerja la..dan macam-macam lagi alasan selepas itu. Jadi jangan juga terburu-buru untuk mencari pekerjaan... yang sebaik-baiknya fikirlah terlebih dahulu. Lihat pada diri anda dan jangan cepat berputus asa...apa yang perlu anda lakukan ialah cari dan mohon lagi pekerjaan-pekerjaan yang lain..jangan berhenti mencari selagi anda belum dapat kerja...faktor usia anda yang semakin meningkat bukan alasan...ramai orang diluar sana walaupun sudah menjangkau umur 50 an masih lagi mencari pekerjaan...Jadi ''JANGAN PUTUS ASA''



Tip 2- ISI BORANG PERMOHONAN / SPA DENGAN TELITI


Pastikan semasa mengisi borang permohonan atau borang SPA dengan teliti. Walaupun ia nampak mudah namun ramai calon yang tertinggal atau tersilap masuk kod, huruf atau benda yang diminta didalam borang tersebut dan jangan sekali-kali mengisi borang di masa-masa akhir. Maksudnya, seminggu lagi tarikh tutup permohonan baru la kelam-kabut mengisi borang. Sentiasa bertanya pada kawan-kawan dan saudara-saudara yang bekerja di sektor Kerajaan.


Tip 3- MENUNGGU JAWAPAN / PANGGILAN TEMUDUGA

Semasa menunggu jawapan atau panggilan temuduga, buat lah persiapan dan persediaan awal walaupun anda dipanggil atau tidak nanti..kebiasaannya, panggilan jawapan dalam tempoh sebulan atau ke dua bulan selepas mengisi borang permohonan dan pastikan anda sudah membuat persiapan yang lengkap. Apakah persediaan yang harus anda tahu dan lakukan?

* Deskripsi tugas jawatan yang anda pohon.
   Contoh; sekiranya anda memohon jawatan pembantu tadbir, anda mesti tahu sedikit pengetahuan mengenai kerja-kerja dibahagian pentadbiran..kalau anda tidak tahu boleh bertanya dengan kawan-kawan atau rujuk di internet.

* Nama-nama Menteri Kabinet

* Tanggungjawab anda sebagai kakitangan kerajaan

* Penampilan diri semasa menghadiri temuduga

* Bersiap sedia dengan soalan-soalan diluar jangkaan

*Cuba jawab soalan secara spontan, proffesional dan relaks walaupun anda tidak tahu..jangan tergagap-gagap

*Jangan Gemuruh..cuba tenangkan diri anda, tari nafas...tenang..semasa nama anda dipanggil

*Belajar bahasa english...(kadang-kadang semasa temuduga kita akan diajukan soalan dalam bahasa english) sekurang-kurangnya dapat bercakap sedikit pun boleh lah.....jangan rasa tertekan..

Maaf...nanti continue...thanx


No comments:

Post a Comment